Monday, February 27, 2006
Hari ini sedondon kurung merah jambu menghiasi dirinya. Menutupi mahkota perhiasannya dengan tudung sewarna. Ayu, cantik, sopan dan manis bergaya. Lengkap sudah solat zuhur di surau tingkat 15, memasuki lif yang sendat, melihat dirinya di belakang lif, walau kecil terhalang kelompok manusia di sekeliling, masih tampil manis sepertiselalu. Tersenyum. Menampakkan lesung pipit yang baru sedarkan ku hari ini. Tamat pertemuan bila dia undur dari lif, kemudi ke tingkat 21.
Bila pertemuan pertama, tak ku ingat pula. Namun wajah anggun itu lekatterus kali pertama menatap wajahnya. Pertemuan sesekali dalam lif Dayabumi benar-benar membawa ketenangan seketika, walau untuk beberapa jela masa saja berada dalam lif bersama.
Pernah sekali tika ku disuruh ke tingkat 14 mengambil telefon-telefon, beliau merengek manja saat diusik-usik Azmi Bahaldin menutup pintu yang mahu dilaluinya. Azmi sememangnya nakal dan tak lekang dengan ketawa. Hatiku tersentuh, "Ah... kan ke elok kalau aku yang berada di pintu tersebut." Berada di pintu? Kami berdua sahaja berada dalam lif yang sama! Terdiam kelu lidah membisu dalam khali yang tak berbicara. Turun beliau ke tingkat 20 menamatkan keharuan.
Orangnya kecil, rendah. Kurang sedikit dari bibir/dagu ku. Comel ukur badannya sinonim dengan tinggi parasnya. Keningnya tersusun, menyerikan ayu redup mata yang merenung jelita. Pipi sedikit berisi, ditambah pemanis lesung pipit. Suaranya sukar peluang ku dengar, tetapi sesekali mencuri dengar, pasti merawat hati yang sedikit gusar. Ditambah dengan bibir kecil yang menguntumkan lukisan senyum yang indah, hapus seketika segala gundah, dalam masaserupa malu dan berhemah. Hah, siapa kata gadis Melayu tak menawan?
Siapa namanya? Dari mana usulnya? Pernah sekali dia tampil ke tingkat 22, berada betul2 dua kubikel di hadapan ku, bersembang bual dengan Kak Mala. Gugup dan resah membuat kerja tak tentu arah. Siapa namanya?
"Zaida, Zaida" laung Kak Aini.. sambil dia memaling kembali.
Zaida... terus ku cari nama 'Zaida' dalam direktori telefon, terjumpa 2 nama, Aida, mahupun Zaida.. kurang peka dengarku. Namun aku berpegang pada nama Zaida. Agaknya. Mungkin dari bahagian Procurement, HRM, Accounting, Fleet, atau mungkin ICT sendiri. Entahlah.
Pernah pada satu Jumaat tatkala kembali dari fire drill, dalam lif sebetulnya ku berdiri di sisi lif, dia benar benar berdiri depanku. Sedar agaknya dia, sesekali mata nakalku memerhati, kembali tunduk setelah sedikit jegilannya ku terima.
Namun dunia berbeza memisahkan kita. Umur sudah seperkara. Jangan-jangan dia sudah berumah tangga, jika tidakpun, sudah berpunya. Ah, perkara itu pula dirunsingkan. Dirinya mungkin seorang eksekutif, aku pula pelatih mentah penuh karenah yang menurut apa saja perintah. Masakan ada cinta menjerat di antara kita!
Walau pertemuan sesekali beberapa detik dalam lif, namun kecil diri tingginya, raut bibir manisnya, tenang tasik matanya, tetap akan ku puja, dan ku simpan. Mengembalikan yakin ku pada kepesonaan gadiis-gadis Melayu tempatan. Menjadi sedikit aspirasi, untuk terus ku gagahi hari-hari di sini. Dan aku sentiasa menanti, masa yang bukan setiap hari, tanpa perlu ku tahu dan ku lewati, saat-saat menuruni tingkat, bersama gadis kecil dalam lif.
P/S: For more of my stories, visit my blog.
posted by Ainul Hafiz @ 4:30 PM,
12 Comments:
- At 6:10 PM, said...
-
Gadis melayu mmg menawan,
Kecil molek manis wajahnya,
Bahtera MISC dapat ku tawan,
Kalah jua dgn jelingan si manja,
Enol nakhoda di tingkat 22,
Setiap hari menggila bayang,
Dey, ape ko tak tegor dlm lif bila berdua?,
Melepas peluang, kembali lah gersang..
Kecil rendah di bwh dagu,
Redup matanya, sungguh menggoda,
Jangan takut menegur si ayu,
Tidak ditegur, tak dpt dgr suaranya..
Mata memerhati penuh nakal,
Jegilan mata comel membunuh niat,
Apa difikir rumahtangga punya hal,
Yg penting kasik test, mana tau dapat!!!
Zaida namanya, kamu meneka,
Di dalam direktori, kamu mencari,
Gajah dah makin hebat, ko nak tunggu bila??
Di depan mata, jatuh ke hati..
*** nukilan [re-arrange] Inc. - At 7:16 PM, Ainul Hafiz said...
-
Adek, kamu sangat hebat!!! Mari aku reply...
Sedondon kurung merah jambu,
Dipadan dengan tudung sewarna;
Nak ditegur segan tambah malu,
Apatah lagi mau bergurau mesra.
Di dalam lif tempat bersua,
Jelingan nakal jadi renungan manja;
Tak salah mahu mencuba,
Tapi apa kan daya berani tak seberapa.
Apalah dipandang pada si nyonya,
Si melayu cantik mempesona di mata;
Apalah sukar menegur si dia,
Si jejaka sekadar kelasi bahtera.
Sesak manusia memenuhi ruang,
Sesak nafas merenung indah alam;
Sesak kepala mencari peluang,
Sesak kata-kata membisu kalam.
Walau tinggi tangga disiap,
Lif juga pilihan utama;
Walau mulut tidak terucap,
Dalam hati tesimpul bicara.
Kau beri lima ku beri enam,
Sebagai hantaran tanda ingatan;
Kau fikir senang mesra ditanam,
Usia dan status menjadi batasan. - At 9:16 AM, Ainul Hafiz said...
-
Ape ke cibai lak aai sume nak men pantun nih... ok aa bob.. aku balas 10.. dah2 laa tu ye... penat tau~
Gadis melayu memang menawan,
Di seri dengan akhlak yang sopan;
Bila si ayu dihadapan berjalan,
Mata tunduk tanda hati yang segan.
Ku harap bidadari jatuh dari syurga,
Rupanya rupawan indah yang muncul;
Ku harap cinta dari manusia,
Rupanya cinta Allah dan Rasul.
Kambing dan lembu berjalan seiring,
Saiz dan rupa dapat ku beza;
Cinta dan suka seolah setanding,
Namun cinta lagi besar kuasanya.
Novel di bawa dalam LRT,
Sebagai peneman di kala sunyi;
Teman di hati masih ku cari,
Sebagai peneman hingga ke mati.
Bermain YM hingga ke senja,
Sampai tak sedar tamat waktu kerja;
Biarlah si dia sekadar penyejuk mata,
Sampai masa insya-Allah kan ada..
Mee goreng basah pengisi perut,
Di selang seli dengan si nan;
Hangpa cakap laa apa aku tak menurut,
Kerna takdir dan jodoh kan kuasa tuhan?
Di sana helpdesk di sini fleet system,
Komitmen berbeza dalam ruangan yang sama;
Di sana cantik di sini tak hensem,
Inikan enggang dan pipit terbang bersama.
Apa nak jadi Mawi menang lagi,
Rosyam Nor pula berhenti bertanding;
Apa nak jadi aku menyolo lagi,
Takpe... tak lama nanti aku bersanding.
IPCC dan Amos sedang ku mudiki,
Pening tak sudah dua ku redah;
Ke mana pergi gatal memerhati,
Mana taknya semua lawa tak sudah.
Penat ku fikir mahu berpuisi,
Sekadar menghibur rakan2 yang jauh;
Namun percayalah enoll masih sendiri,
Menunggu puteri mungkinkah di trunuh?
Sekian untuk kali ni.. aku letih nak balas daa.. tolong aa jgn kasi 12 ke brape lak pasnieh~ - At 9:51 AM, Internship - IT/IS Jan 03 said...
-
cess... aku ade lesung pipit gk..rendah gk...apsal enol x wat pantun utk aku?? =c
hehe, jgn marah nol..cube la nasib hang..tah2 akak tu krani kt situ kot.. sbb kt dept aku nih..ade akak umo dia baru 21 je..comey2 gk..kerani kt sini.. kirenyer ade peluang lg tuh =p - At 10:08 AM, Ainul Hafiz said...
-
erm... ko sape ek? sile laa tules name anda.. tak pon buat blog id sendiri.. meh aku kasi access pehtuh..
- At 10:10 AM, Internship - IT/IS Jan 03 said...
-
ehem...saudara enol...terharu membaca luahan hati ko..aku ade beberapa cadangan utk membantu ko menghadapi masalah ini..
1)bukak 'live' database seperti yg aku wat kt cni(hehe) n tgk personal die..igt tau die saja bkn org laen...(-aku msh setia pada yg satu-)(jgn pkir aku carik org len lak)
2)xpon ko follow die time lunch..tgk ngan sape die mkn..ngeh2.tp nyorok2 laa(aku dpt bygkan ko tersorok2 di sebalik dinding)..hehe
3)tgk la ngan sape die berkawan..tgk style pakaian kawan2 die skali...so dr ctu maybe leh tau die ni berjawatan ape...tp xtentu gak..manela tau eksekutif kawan ngan tukang sapu sampah ke..(dlm ayat ini aku andaikan zaida tu as eksekutif tau not as tukang sapu sampah..huhu)
4)len kali if jumpe dlm lif lagi, ko beranikan lidah ko yg kelu itu dgn brtanye.."sihat ke?"..or"kite ni cm slalu je jumpe dlm lif kan?"..haaa if die jwb maknenye lbh byk laa pluang utk ko mendalami die termasuk menyiasat status die..huhuhu
haaaaaa tu jela nasihat..nnti aku bg lg if berkesempatan laa k..tq....sekian terima kasih..wasalam..
-zulboz- - At 11:06 AM, Ainul Hafiz said...
-
huhuhuhu... satu2 fire aku nieh.. waaaa... siap sepasang fire sama2.. ho ho ho~ live database tu ape bo? aku tatau... gamba die? aa. kamera enpon aku bebelang2 + tak clear.. nak pakai camera betull dah tak sorok2 namanye... hoohohoho lidahku tak semesra itu..
- At 11:38 AM, said...
-
hahahaha...amek ko...dedua skali fire ko!!..dgn zulbo..dgn arina skali..hamek2!!
(bgs anak muridku..tak sesia aku menyatukan korg..miahaha...~ )
Nantikan pantun 12 rangkap lak pasnih..hoho - At 12:29 PM, said...
-
Tajuk : Nukilan Keberanian
Genre : Pantun 12 Rangkap
Ditujukan kepada saudara Ainul Hafiz, dgn dorongan dan sokongan kami semua..semoga ianya menjadi kenyataan..
=====================================================================
Indah sungguh pemandangan MISC,
Tempat pertemuan dua hati,
Risau enol tiada berganti,
Dari kawan2, sokongan diberi..
Pantun bobki ke komen arina,
Semua menyokong untukmu mencuba,
Menegur, menyapa, sampailah ke camera,
Pelbagai cara dikongsi bersama,
Hatimu suci, cinta berbara,
Dalamanmu lembut seperti tauhu,
Ku tahu hatimu, lemah tak seberapa,
Tidak kau cuba, manakan tahu?
Jiwang itu naluri manusia,
Perlukan kasih sesama insan,
Jadilah stalker atau si peramah mesra,
Asalkan tau, dgn sape die makan, ape pakaian, ataupun dia punya kawan2..
IPCC? AMOS? ah senang jer tu,
Bknkah pendorongmu si baju merah?
Lidahmu kelu, sekeras batu,
Ahh..mana prestasi mu sebagai pendebat sekolah?
Jodoh dan takdir penentuan Tuhan,
Namun usaha tidak dilupai,
Apa yg dirisau kecantikan luaran,
Bukankah yang penting itu hati?
Penyejuk mata, Pembakar hati,
Namun ku tahu, hatimu bergelora..
Tak kiralah eksekutif, ataupun pencuci,
Yang penting kerjanya, kerja mulia..
Ruyung ku pecahkan, saga nan merah,
Pecah ruyung ku kutip sagunya,
Tak ku kata bermesra itu mudah,
Tapi usia itu, hanyalah angka..
Gajah dan zamry makin berseri,
Aku jua yang kesepian, masih mencari..
Bukan ku tak percaya engkau menyendiri,
Rezekimu di depan mata, tanyalah hati..
Duit tak ckp, mana nak carik..
Ah sudah, ape aku nak makan hari ni?
Tak dapat jadik bini, kawan pn jadik..
Sanggupkah engkau bersendiri lagi?
Janganlah kau takut, usahamu tak bererti,
Hati lelaki takkan mereput,
Cubalah enol, jangan hampakan kami,
Sokongan kami tak akan luput.
Bukan ku minta sebuah pantai,
Cuma pasir tuk ku bina batu,
Rangkap terakhir telah pun sampai,
Harap beranilah hatimu itu..
=======================================
"Tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan..."
[re-arrange] |nc.
12:32 280206, IBM TTDI. - At 1:28 PM, Internship - IT/IS Jan 03 said...
-
zhu...
ayark sume kena pantun2 ke nk comment blog enol nih?? hihu..jgn malu2 enol..kamon2..aku nunggu brita baik dr kamu... - At 2:48 PM, Internship - IT/IS Jan 03 said...
-
=c err... aku yg rendah dan berlesung pipit tp x secomey zaida... ialah cik jamie~
(td luper tulis namer la encik enol) - At 7:06 PM, Ainul Hafiz said...
-
Ok.. jawapan terakhir.
ku sangka keras telah ku patah,
rupanya teras padu bersemi;
ku sangka balas telah ku sudah,
rupanya tak puas berpantun lagi.
berakit mengatur duga dan sabar,
hati dan cemas di susun teratur;
pahlawan johor singgah mencabar,
bentara cheras turun bertempur.
buah mengkudu buah berangan,
lagi manis buah rambutan;
kasih diterima kepada rerakan,
kerna dorongan dan sokongan berterusan.
minyak dah naik harga melambung,
kereta dijual diganti LRT;
poket ku kering rupa ku serong,
angan bermimpi berteman bidadari.
selembut kapas kekabu bahtera,
sekurun lama wujud bernyawa;
sepetah berbahas beradu fakta,
selesu bicara berbeza padangnya.
berbasikal tua ku kayuh ke melaka,
kembali ke kota ku naiki bas;
berkenal tak salah mahu berkawan saja,
namun ikhlas haruslah jadi asas.
permata dan emas hiasan dunia,
pahala dan doa juga yang ke syurga;
hatiku ku keras kerna ku percaya,
usaha dan takdir penentu segala.
merah pekat mengalir darah di vena,
menyusur ke kapilari ke arterilah pula
ku yakin lewat tuhan tunjuk jalanNya,
agar bahagia dan sejahtera bawah payungNya
canggung dan zapin namanya tarian,
dari perlis dan johor ia kendiri
perempuan itu bukankah hiasan,
dicipta dari lelaki untuk lelaki
gelek berjoget gembira menari,
bersahut dengan nobat dan nafiri;
cinta itu bukan tuk dicari,
sampai masa datanglah sendiri.
harum mawar di taman mekar usah dipetik,
takut tersentuh duri jari pula cedera;
tak semudah beberapa sua cinta berputik,
perlu berkenal mesra setahun mahupun dua.
tarian dan nyanyian penghibur istana,
tempat pemerintah bersemayam gembira;
berkawan tak bermesra tiada guna,
cukuplah mariam dan fiza meneman hamba.
zhu sesat ke tempat kerja,
jep dikawal dek cctv;
kejar cita-cita baru cinta,
intipati mesej hebahan see you d ipt.
filem dan drama tontonan remaja,
teater dan budaya usahlah di anak tiri;
tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna,
ungkap erra fazira dalam soal hati.
benar ku berani salah ku takuti,
asal niat dan cara benar tempatnya;
bukan tak berani hamba sedari,
namun berani tu kan ada batasnya.
tegak diri alif lebar senyum ba,
seni tulis jawi warisan berzaman;
gadis kecil di lif hanyalah cereka,
seraya hiburan tatapan dan renungan.
batik dan songket usah dilupakan,
kreativiti masyarakat sejak dahulu kala;
coretanku sekadar pujaan dan kesyukuran,
menghargai syumulnya ciptaan yang mencipta.
musuh memintas pantas ku kilas,
keamanan negara perlu ku perkemas;
bentara cheras cergas membalas,
moga pahlawan-pahlawan johor berhati puas.
eksesais berpeluh penat ku berlari,
konon perut dikecil saiz kapasiti;
dua puluh keratan untuk terakhir kali,
silap dan salah maaf dimulai.
pantun ini pantun nasihat,
pengingat dikala kita terlupa;
pantun ini pantun penamat,
lepas ni game over lah ye!