<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d22707767\x26blogName\x3d:::+iTiSjAn03+-+InTeRnShIp+sToRy+:::\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://itisjan03.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itisjan03.blogspot.com/\x26vt\x3d4886897831831432135', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


>>> Gath!! Gath!! version 6 <<<

This is a report from squad skodeng. Sorry for a delay, psl ahli squad skodeng kepenatan selepas menyekodeng PD..hehe :p

Ahli squad skodeng telah memulakan perjalanan dari 2 tempat berbeza; kl dan melaka. Dari kl, sbg commander squad, adek (aku ler..hehe) telah membincangkan strategi, yang mana mejar iena perlu mengutip komander di pengkalan Kelana Jaya, pada pukul 1030 pagi. Komander telah sampai pada pukul 1040 pagi, lewat 10 minit dari yang ditetapkan atas sebab-sebab tertentu (jalan jem kejap aa kat ttdi, sangkut jap jer..tu salah estimate tu) Setelah pengutipan telah dijalankan dan kenderaan telah diisi minyak, Mejar iena yang ditemani spy Rahim (aku tak kenal spy ni..maklumler..spy..) telah memulakan perjalanan ke PD dalam pukul 1045. Manakala kolonel syafrey telah memulakan perjalanan dari melaka tepat pada pukul 10.
Dalam perjalanan pergi, tiada ape yang menarek; komander mengambil peluang untuk tidur, akibat dari kepenatan bekerja lebih masa tanpa gaji di hari sebelumnya. "SitRep" (situation report) diterima dari kolonel syafrey bahawa beliau telah sampai di destinasi semasa kami masih dlm perjalanan. Beliau terpaksa menunggu sebentar sehingga kebas punggungnya akibat duduk di dalam kereta kebal oren terlalu lama. :p

Kami berkumpul di exit tol Port Dickson setibanya pada pukul 12 tengahari. Plan ditukar utk makan dahulu di Port Dickson/Teluk Kemang area; perot boncet masing2 perlu diisi. Komander bertukar kenderaan menaiki kereta kebal oren; di mana Mejar iena sebagai "lead" atau pendahulu telah meninggalkan kami sejauh tak terkira meternya. Nasib menyebelahi kami apabila tiada adegan sesat berlaku, dan kami tiba di Desa Lagoon resort yang tidak dapat ditawan. Kereta kebal oren diletakkan di situ, dan dengan hanya satu kenderaan kami pergi mengisi tembolok besar masing-masing di RnR kawasan Port Dickson (pelik, tempat tu bkn tol tp ade RnR, macam RnR kat area UTP tuh ha..)

Sesi makan tengahari disulami dengan gelak ketawa Komander dan perbualan rancak antara Mejar dan Kolonel, dan antara intipatinya adalah perbualan "kelab jiwa luka" yang tidak begitu difahami oleh Komander yang menganggotai "kelab loosang". Walaupun begitu, Komander tetap dapat menangkap bait-bait perbualan, kerana dasar "kelab loosang" dan "kelab jiwa luka" hampir sama. Bait-bait perbualan yang dapat ditangkap hanya disimpulkan dengan gelak ketawa jahat dari Komander :p.

Pengkalan pertama yang cuba diskodeng dan ditawan adalah Bayu Beach Resort, dan hasilnya pada mulanya adalah kurang berpuas hati. Yang tinggal hanyalah Family Deluxe room and Studio room, with rates about RM218 for Family room (4 pax) and RM158 for Studio room(2 pax). dan ianya hanyalah bilik hotel, yang sudah semestinya kurang sesuai utk dijajah beramai2 oleh askar2 itisjan03. Namun, dalam perjalanan keluar, kami telah ditahan oleh seorg akak bernama Wati yang cuba mengoffer apartment Bayu Beach 2 room, dengan harga RM240 per night, dan squad skodeng telah menyekodeng bilik dengan ditemani oleh akak Wati tersebut. Bilik itu agak besar, dan bolehlah disumbat dalam 12-15 org. Malah, harga RM240 itu termasuk countless extra matress,pillow,blanket and towel. hoho ~ Utk servis barbeque, tempat dan alatan disediakan. Cuma bahan-bahan perlu dibawa sendiri. No extra charge. looks nice, and decent. perlu diigt tempat itu tiada apa2 yang extravaganza selain dari apa yg telah dinyatakan. Ada la pool Bayu Beach tuh, and pantai pn ade blakang tuh, tp dats all. Ok laa utk kita takluk beramai2.

Next, pangkalan The Regency. Pertama sekali yang dikesan adalah 3 room apartment offer dengan harga RM675 utk 3 hari 2 malam, dan dari gambarannya ia kelihatan agak besar sedikit dari Bayu Beach. Namun satu perkara yang menggentarkan, The Regency hanya tinggal 10 unit yg free pada 12 May. Tetapi apa yang menarek ialah, The Regency menawarkan custom package yg perlu dihubungi di no tel 03-27157927, dan komander akan cuba menghubunginya esok utk mendapatkan tawaran terhebat. Jika tidak, pakej RM675 akan diambil, juga pada keesokan hari. Harapannya ialah semoga 10 unit itu akan masih free pada keesokan hari. Informasi lain adalah utk mengadakan bbq, caj RM50 dikenakan utk tempat sahaja (tanpa alatan& bahan). demmm.. Tempat itu jua ada pusat mini permainan arked video game. sesuai utk kita letakkan en A mengabeskan duit di situ sehingga die tak dapat membayar utang MARA.

Penaklukan diteruskan ke Port Dickson Beach Club Resort. Walaupun tempatnya cantik, tetapi pantainya tiada. Ditutup dengan benteng batu sehingga menampakkan seperti sebuah kolam kecil, Kolonel Syafrey telah mengutuk Komander dengan mengatakan bahawa tempat benteng itu adalah amat sesuai utk Komander mandi, dan pasti tidak akan lemas. Beliau juga sempat mengutuk Gomok, dengan mengatakan kalau Gomok masuk pasti air sume akan melimpah. demmit... Rate utk tempat itu agak mahal, menjejaki RM300-RM400 per nite, maka Komander telah membuat keputusan bahawa itu bukanlah tempat yg sesuai utk mereka. Ianya lebih sesuai utk group2 korporat membuat miting atau seminar.

Penaklukan diteruskan sehingga Glory Beach resort, tempat yang telah dicalling2 sebelum tiba. Tempatnya AMAT cantik, dengan kemudahan pool dan sauna dan berbagai2 lagi. Namun tempat ini jua jauh dengan pantai, dan seperti yg telah dicalling2, yang tinggal hanyalah 2 bedroom for 3 pax (RM200) and Penthouse for 5 pax(RM450). Extra bed chargeable at RM30 per unit/nite, Mattress at RM20 per unit/nite. dan room takleh disumbat, kerana extra ppl will be charged RM15 (for adult) and RM8 (for child). However, that charge will include breakfast.

Perjalanan diteruskan lagi ke Sunshine Bay Resort. Dalam perjalanan, kami melalui beberapa hotel kecil cina yang menarek minat kolonel Syafrey sehingga die tergelak seorg, dan juga bangunan TNB yang lawa sehingga menarek minat Mejar Iena utk tinggal di situ sahaja. adeih..

Sunshine Bay Resort tidak seindah yang dijangkakan. Ketibaan kami telah disapa oleh seorang brader yang menghulurkan kad diprint dgn nama Joe, dan mengoffer kami apartment 2 bilik utk hari itu. deymm..tau ler ade 2 laki 2 pompuan.. -_-" Beliau telah menunjukkan kami apartment 1 bilik, 2 bilik, dan 3 bilik. Bilik agak nice, dengan kemudahan tv dan astro dan karok dan pool. Namun environmentnya agak kotor, dan pantainya pun agak teruk. Tempat barbeque pn ada dengan charge RM 50, namun itu pn agak kotor dan sempit kawasannya. Satu bangku utk duduk di BBQ situ dicaj RM30. Rate biliknya pula berubah-ubah mengikut weekdays or holidays or school holidays. public holiday will be RM170, tp school holidays will be RM300. wtf..tak ckp credibility ditonjolkan. Siap brader tu offer, kalo kapel nak 1 apartment 1 bilik, bole gak. Dan serentak dengan itu, kelihatan satu kapel, lelaki dan perempuan, yang mana perempuannya berbaju itam dan berseluar renang,lelakinya pula berseluar pendek shj, basah2 seperti baru lepas mandi di pool, berpegangan tangan masuk ke apartment yg didakwa abg itu sebagai apartment 1 bilik. Fikiran Komander terbayang ke alam fantasi selama 5 minit atau lebih.. :p

Sunshine Bay Resort diblacklist. Perjalanan diteruskan utk mencarik Tiara Beach Resort,berpandukan dengan pemplate yang didapati dari tol exit PD. Agak jauh, dan di dalam perjalanan kereta dihalang segerombolan anak kambing itam cuba melintas jalan, dan berikut adalah beberapa perbualan yang terjadik (perbualan tidak 100% seperti berikut..kerana aku da lupe sket2..silap tak rekod) :

Mejar Iena : Eh..eh taknak ketepi lak kamben2 neh..
Kolonel Syafrey : Itu aa..die tgk kete nih itam gk..die pk kamben mcm die yang datang..
Spy Rahim : (tercabar..tau aa kereta die itam..) ye laa..tah2 mak die ada dalam ni tak??
Komander Adek : (dengan gelak jahat) btol tuh!! nih haa mak die.. (sambil menunjuk-nunjuk ke arah kolonel) weihh nih ko tgl mak ko neh..weihh..amek aa..weihh kamben..~

Dan kami diselubungi gelak hilai gembira.

Tiara Beach masih tidak dijumpai, maka kami membuat detour ke Ocean View Resort. Dengan slogannya "One of the Cleanest Resort with the Most Facility", apartmentnya masih byk yg available, tp ratenya agak membunuh dengan RM300-RM400 per nite. Namun ianya kelihatan agak best, kerana ada facility pool, sauna, rock climbing, gym, table tennis, archery, tennis, beach volleyball, badminton court, karok, rabbit farm, mini theather, game and internet cafe, obstacle course, bicycle, bbq dan juga carwash, semua nya dengan harga masing2 yang telah ditetapkan. It's nice, tp harganya... *sigh*

Perjalanan pulang ke Desa Lagoon dilakukan setelah penat menyekodeng. Dalam perjalanan keluar dari Ocean View Resort, beberapa ekor kamben jantan kelihatan, dan sekali lagi Kolonel terkena..

Komander : Haa tuh haa laki ko da carik tuh!! :p

hehe..

Setelah sampai di Desa Lagoon (tempat di mana kereta diletakkan), Mejar Iena mengambil kesempatan utk berjalan2 di tepi pantai, dan Komander dan Kolonel mengambil kesempatan utk berehat sahaja di tepi pantai (nothing happened aa.. :p) berborak2 seketika sambil Komander menghisap rokok ke 7 utk ari itu, kami menyimpulkan utk mentargetkan kepada The Regency dan Bayu Beach resort sahaja. 6 tempat diskodeng, dan 2 tempat ditandakan. Tindakan selanjutnya akan dibuat pada esok, 17 April 2006 hari isnin. So, expect the Regency, or Bayu Beach.

Perkiraan kos: if Bayu Beach, (RM240*3 days)/ 15 ppl per room, maka dianggarkan seorg akan membayar RM48. If The Regency, pakej RM675 for 3 days 2 nite, maka RM675/15 = RM45 tak termasuk sewa BBQ area.

Begitulah hasil yang berjaya didapati, dan kami bergerak pulang ke pangkalan HQ masing2 di KL dan Melaka dalam pukul 5 petang. Fiuh penat..

*** Summary ***

1) 6 tempat telah disurvey, dan 2 tempat menjadi pilihan di hati. Kos tidak akan melebihi RM50 jika satu room akan diduduki oleh 15 ppl. Tempat dihati adalah The Regency or Bayu Beach apartment.

2) BBQ akan dibuat pada malam sabtu, and utk beli barang2, ada pasar malam di situ pada hari sabtu. Nice..

3) Duit tidak akan dikutip terlebih dahulu. Duit akan dikutip bila tiba di sana. Bagi yang telah membayar, duit akan dipulangkan secepat mungkin (sila kejar Mejar Iena utk maklumat lanjut).

4) Confirmation akan dibuat selewat-lewatnya esok atau Selasa. Bila da konfem, bole la bincang utk konvoi or transportation lak.

5) Sebarang pertanyaan bole ditanyakan di tempat mengomen or chatbox. Preferably kat tempat mengomen, psl aku takut chatbox gerak laju sgt di kala aktif. Utk jawapan on the spot, sila pm ym ku di rearrange68. Available semasa aku ol dan didepan komputer sahaja. Sms tidak akan dilayan kerana aku ketiadaan kredit.

6) Sebarang lawak atau gurauan disusuli dengan permintaan kemaafan. Hanyalah gurauan dan diharap tiada yg berkecil hati. Dan diharap semua berpuas hati atas usaha kami ini. :D

thx.




posted by Anonymous @ 12:04 AM,

28 Comments:

At 3:12 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

Sesi makan tengahari disulami dengan gelak ketawa Komander dan perbualan rancak antara Mejar dan Kolonel, dan antara intipatinya adalah perbualan "kelab jiwa luka" yang tidak begitu difahami oleh Komander yang menganggotai "kelab loosang". Walaupun begitu, Komander tetap dapat menangkap bait-bait perbualan, kerana dasar "kelab loosang" dan "kelab jiwa luka" hampir sama. Bait-bait perbualan yang dapat ditangkap hanya disimpulkan dengan gelak ketawa jahat dari Komander :p.


hohoho~...


mata terpisat2.. aku rasa for cost analysis... maybe aa Regency best... tp kne ade yg korban aa takyah tido bertilam.. hehehe...

mata terpisat2 kol 3 pagi nieh,..

 
At 8:48 AM, Blogger nuriena said...

giler adek.. detail giler ko tulih... hishhh...

 
At 8:55 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

huahua....abih psl kamben sume kuar...ngaaa...~ so, korg rase2, sanggup byr 48 but byk facilities free...or 45 yg cm best2 tp kene tido lantai n punggah bbq set...huahuahua....mejar iena kamera je bwk, tp x amik pic...kalu x, leh post...cet....hampesh...putung gaji~

-pari_pari-

 
At 9:11 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

ahahah aku menyokong bayu beach sekiranyer pnti dier mmg sgt dekat. lebih 3 inggit sekepala dpt la tilam dan lelain secara percuma wahuhauhaua, bli bahan2 jer. tp regency pon cam best hmmmmm....sape mau punggah alat2 aneh? angkat tgn!!

-jep-

 
At 9:16 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

jep.. bayu beach mmg pantai dekat.. kalo tak silap aku aa.. sbb time aku darjah 2 kot dulu pernah pergi.. TAK SILAP AKU AAA>.. maybe tuh pantai lain.. time kecik2 dulu.. mane laa ingat .. miahhaha..

 
At 9:40 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

bayu beach pantainye sgt dkt....bkk je pagar trus pantai....tepi pantai tu ade banana ride pe sume....sailing pon ade....nk men bola tampar pon leh..ade net...nk pelampung yg pelbagai size pon ade...seswai utk mereka2 yg berdiameter lebih dr 30 cm (tp tu sume kene byr sdiri ar, exclude dr rm48)...hihu....pantai dier landai....hurmm...kebersihan air laut x dpt dipastikan sbb x g kt gigi air tuh....plus, kalu nnt musim ujan....gerenti ar air x brape nk best...sekian lapuran tambahan....~

p/s : bbq tidak buleh dilakukan di tepi pantai, maka kakak watie itu akan menyediakn satu port utk bbq...sekian....

-pari_pari-

 
At 9:57 AM, Blogger nuriena said...

aku xde nk komen pape. tp mak bapak aku ckp bayu beach cm x bes sgt. tp tatau rr kalo korg ok. aku layan jer. bkn nye nk dok lame. aku hope dpt regency. tuh seem nice jer. hoho..

p/s: duit aku da bg alik kt nad n gomok. sile cek!!~

 
At 10:09 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

hoho...bayu beach ngn regency tuh sebelah2 je...n yes, psr mlm adelah berdekatan dgn kedua2 lokasi....tp, still kene nek kete ar...hihihi...

-pari_pari-

 
At 10:14 AM, Anonymous Anonymous said...

hoho..laju sungguh korang reply. aku cume amek masa selama sejam utk g keje, da 12?? syabas2..

erm..bayu beach tuh mcm aku kata..tempat tuh stakat ok...tak de aa bes sgt..tp selesa aa gak kalo nk sumbat beramai2..

the regency masih blom dicall...on the way.. (mencurik2 line opis..kaber2.)

and pantai bagi the regency and bayu beach tuh..mmg btol2 blkg..n tempat pantai utk 2-2 tu ok..sebelah2 je maa..no prob aa..

en A..dun weri..nnt kita ugut mara suh bagi duit bilik lebey sket :p

 
At 10:20 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

wahuahuahua wowowow, regency kene byr ek tilam+bantal? kalo kene baya aku bwk bntal sendiri n toto wahuahuahau


-jep-

 
At 10:52 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

apa2 pun, aku tak kesah mana2 pun janji ada tempat skodeng dah la..adek ada tak tempat cam tuh?? ko tak tanya kat akak watie ke? haha~..nak bawak pelampung sendiri..yeay!! leh mandi ramai2..dah la tak mandi nih..haha~

duit mintak kat eina ek..nanti leh tak ko kasi by hand je..aku luper la no account aku..haha~

-gajah chan-

 
At 12:21 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

aku ade soalan tambahan:


adek, syafrey: kak watie tuh cun tak? out of 10, brape star leh kasi kat die?

 
At 12:32 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

busdus spam...hurmmm....5/10..hihu...kasik avg je ar...huahuhuau

pandangan dr mataku yg sesame kaum

-pari_pari-

 
At 12:41 PM, Blogger nuriena said...

erk gajah.. koa ade masukkn kt dlm ekaun aku ker? ngaaa~ sape lg yg da masukkn nih??? sile la btau... adoi...~

 
At 12:49 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

aku aku aku dah msk kan kat acc ko, tp ko pegang dulu ar, kang time nak baya ko hulur ar, aku topup skit miahahahah


-jep-

 
At 1:35 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

kepada iena

aku nak cam jep gak..ko pegang dulu 30 tuh dulu nanti aku topup skit time g sana nanti..sbb tak terasa sgt nak kluar duit nanti time tuh..hehe~ aku ikut cadangan je tuh

-gajah chan-

 
At 3:02 PM, Blogger nuriena said...

okes... aku pegang dlu.. nnt papehal btau aku.. takut aku terlupe... wahai adekk(penasihat aku).. igt kn aku sape yg da bayar.. wokeh.. haha

 
At 4:29 PM, Blogger MK said...

erm..aku nyer camner?kalo ko dh byr balik taper ar..kalo blom buat cam jep..nnt aku topup..

-gomok

 
At 6:22 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

urm...pd pndapat dy la kan better bayu beach.. sbb rm48 dh termasuk sume facilities and takyah susah payah..drpd byr rm45 (kurang rm3 je) tp kena bawa prop ngarut2 + ada possiblity takda tilam (sadis tu..)

p/s: pnjang lebar nye explaination adeq..huhu..isi pnting ciput je.. =P

 
At 7:51 PM, Anonymous Anonymous said...

ehehe..sori sume kalo explaination aku terlalu panjang tp takde isi :P nnt aku highlightkan part summary tuh and wat link. Later2..

iena: haihh..kan aku da ckp ade 6 org yg da bayar. nih aku igtkan lagi - jep, gomok, gajah, nad, faizi, dy.

enol: akak waty tuh takde la lawa mana. manis org melayu aa kot..erm..aku bg 4..hehe..sebagai pandangan aku yg lain kaum. tp manager die, akak lina mcm lawa sket..gebu..miahaha :P

en A : lanjiaou ko nk baya duit bilik kalo dpt rm30!! kompem ko bwk gi kedai game, then ko beli game baru. lahanat.

gajah : tempat skodeng..takder kot..takkan aku nk tanya kak wati tuh, kang abes die tak bg duduk. huhuh.. dun weri gajah..nnt kita carik..ko nk skodeng sape??

dy: thanx for ur post. ini yg aku perlukan..pendapat..hoho.. :P

jep: aah..regency maybe kene bwk tilam. takmoh aku byr rm30 sehari..huhu..


ahh nnt aku post psl calling utk pakej Regency. little spoiler, regency nye pakej tak dpt aa utk kita..mahal..huhu

 
At 9:54 PM, Blogger nuriena said...

adek -> hoho... aku lupe rr adek.. sory ye pakcik..
gomok -> aku da bg alik duit ko.. cube cek..
dy -> trimas sbb bg opinion..
all -> xde opinion lg ke?? nk cepat nih weih.. kalo x kitorg decide sendrik jer... da xde mase nih...

 
At 8:28 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

Erm.. just nak tanya... dah ade final say ker? ble baca opinion D tuh.. aku cam agree gak bayu beach.. hohohoho


adek re:gajah : skodeng kak waty ngan kak tina tuh boleh tak agak2? hohohoho~

/me minat pompuan melayu... adakah ada pompuan melayu yang dah memikat hatiku?

 
At 8:33 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

adek : ces aku kasi opinion kat atas x pandang langsung, dy kasi je trus highlight, nak kene pukol budak nih wahahah

-jep-

 
At 10:31 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

yeah aku jua sokong bayu beach

-nadxoxo-

 
At 2:28 PM, Anonymous Anonymous said...

allahh..sori aa pada yg mana aku tak reply komen. hihu~ terlepas pandang..tp aku baca sume..dun weri..

erm..jep..ko da sll reply..dy tu tak penah reply..aku menggalakkan utk mengkomen je tuh..pastu bole aa kalo die nk post lak..heheheh :P

tiada niat lain

-aku yg inesen- >:)

 
At 12:21 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

haha~ adek ngan enol..nanti kita cari port yg baik..kalo tak der pun..kita leh ada kan..aku rasa cam kat tepi2 batu mcm ader org jer..haha~..kalo nak usha 2 org akak tuh pun leh gak..kita terus g bilik dier la..jahat siot aku..nih hasil internship selama 4 setgh di freescale..haha~

aku sokong bayu beach..kalo ader bay watch pun ok gak..leh aku join skali jadi penyelamat maritim..dah lama aku tinggal kerjaya itu kerana internship ini..saper yg tak reti berenang tuh, leh aku ajarkan tp utk perempuan jer la..aku ader la skit2 kemahiran berenang tuh..setakat gaya bebas tuh dah biasa sgt, kuak gajah pun aku reti gak..haha~

-penyelamat maritim-

 
At 1:02 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

gajah.. lama siot ko tak gune nick name tuh

ko ade satu lagi kerjaya.. pemandu van kafe yaumi.. hahahha

-Nur`Ain`Hikmah-

 
At 1:03 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

ermm.. senyap lak tetibe isu gathering nih.. adek.. dah book bayu beach kan? pe lagi update?

/me menanti version 7 ... 7 ek? lost count duhh~

 

Post a Comment

<< Home


About

"itisjan03. From 2003, the friendship blooms into family. All the jokes, the memories, the happiness, the kindness, are shared for eternity. And here's the platform for this family to unite, and to care, with every available serenity"

Services

    Jangan sumbat atau sekat P2P saya!

ChatBox

Previous Posts