<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d22707767\x26blogName\x3d:::+iTiSjAn03+-+InTeRnShIp+sToRy+:::\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://itisjan03.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itisjan03.blogspot.com/\x26vt\x3d4886897831831432135', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Gath!! Gath!! ItIsJan03@Port Dickson - Report

Jumaat, 12 Mei 2006

Setelah sedia merancang berbulan-bulan lamanya, tibalah masa menjalankan perancangan. Selaku Kapten Kapal WJG 7651, adalah menjadi tugas aku untuk mengumpulkan anak-anak kapal serta bergerak mengikut aliran deras lautan KL-Seremban. Khabar gembira bila Kuzek dari Miri selamat sampai ke tanah air lebih kurang 10.30 pagi. Bertambah gembira apabila Kamal dan Dy dari Penang juga tiba di Pudu Raya pada jam 12.30 tengahari. Selesai solat Jumaat, Kuzek tiba merempit ke perkerangan rumah aku pada jam 2.30 petang. Maka setelah memberi dan menerima isyarat dari Komander Besar Adek, kami pun berlayar ke Bandar Tasik Selatan pada jam 3 petang. Setelah membeli beberapa keperluan diri di Kedai bawah apartmen Adek, bergerak pula ke stesen Komuter Bandar Tasik Selatan untuk memungut anak-anak kapal Adek. Mat dan PG (yang ditemani aweknya) sudah siap sedia menunggu. Oleh masalah teknikal yang tak terjangka, perjalanan untuk bertolak pada jam 3 tertangguh hingga ke 4 lebih lantaran Gomok yang tersekat dalam kesesakan lalulintas komuter. Ketibaan Gomok disambut dengan gerimis, yang merestui perjalanan kami.

Sebelum itu, sempat memesan kepada Komander Zulbo dari Regu Selatan untuk check-in terlebih dahulu dikhuatiri terlewat. Turut tiba awal ke Port Dickson ialah ahli Regu Selatan yang lain (Syaf dan Jamie) Regu Iena (Aimi dan Arina) dan Regu Komander Intan (Jojie, Farah, Liha).

Dalam jam 5 agaknya, tiba dengan selamatnya ke RnR Seremban, destinasi yang telah dijanjikan untuk berkumpul. Kapal aku, Adek, dan kapal Jep selamat berhimpun. Aku, Kuzek, Kamal, Dy, Adek, Mat, PG, Gomok, Jep, Paceek, dan Zhu semuanya sihat walafiat. Setelah selesai solat Asar dan mengetahui bahawa Komander Gajah baru sahaja bertolak, kami bercadang untuk bergerak dahulu tanpa menunggu berlabuhnya kapal TS 8001 di RnR Seremban.


Destinasi yang dituju telah tiba, Bayu Beach Resort. Lekas menurunkan barang. Lewat sikit kapal Gajah tiba bersama anak-anak kapal Sean, Nad dan Faizi. Segera kami berserakkan di pantai bermain bola. Siyes tak tipu, pancit nak mampos main bola sepak pantai. Pastu pe lai.. gi mandi aarr!!! Dak2 perempuan lebih gemar untuk berjalan secara berjemaah ke hulu dan kehilir pantai. Gasak ape.. petang nih menyaksikan ter’bocor’ nya segala ‘rahsia’ yang di’kandung’ disebalik baju-baju dak2 laki.. eleh.. ade gak yang kaver2.. tamoh listkan nama.. hhahahaa… Mat menjadi mangsa pertama yang dikebumikan hari nieh~.. Lepas tuh gi berkubang secara gilir-gilir kat Swimming Pool lak.

Sesudah mandi, solat dan bersiap2.. semua krew berpeleseran secara konvoi di jalanan PD, mencari kedai untuk diserbu perut2 yang kelaparan. Restoran A-One menjadi sasaran. Bape meja ek disambung-sambung? Ada laa dalam 6 kot.. Macam-macam laa yang disembang kan. Kapal Syaf hilang sebentar lantaran Iena yang kebah dilanda batuk dan lelah… sian2… tengah2 cuti leh lak sakit.. Hoh.. kat sinih menu-menunye banyak yang best.. antaranya termasukla Nasi Goreng A-One (Kamal yg hebat meneka menu pilihan Gomok) dan juga Nasi Goreng 3 Rasa (siot.. aku ingat aku sorang je.. skali sampai 4 orang order mender nieh)..

Abes sembang2.. aku tak tau orang len ke mana.. tapi Aku, Kuzek, Kamal, Paceek, Sean, Dy, Syaf, Iena, Aimi, Jamie, Zulbo dan Arina ke satu lokasi pantai yang dirahsiakan.. hehehe.. pemandangan pantai di waktu malam memang indah. Pehtuh dah letih tengok pantai tuh.. bercadang pula untuk bercanda di pantai Bayu Beach lak.



Kuzek mengepalai pencarian ketam batu yang comel-comel.. Pastuh datang laa semuorang bersama-sama memeriahkan pantai setelah Zulbo membentang tikar. Ingatkan nak takutkan Gajah ngan ketam.. skali Gajah lagi brutal.. laju jek die tangkap.. Gajah yang jahat menakut2kan girls. Ade briefing sket2 tentatif esok n juga pasal bbq.. time nih haa Farah perkenalkan term “no words.” Lepas abes briefing dari Adek.. masing2 bersepah-sepah.. Aku dan beberapa rakan yang bertukar2 (kejap PG, kejap Sean, kejap Gajah) ke beting pasir (betul ke beting?) dan aku cam biasa laa.. nyanyi je sengsorang lagu ape ku suka.



Aku tak terus tidur sejurus tu.. keluar bersama Zhu untuk dua cawan kopi di Tara Seafood. Jam 3 kami pulang ke Resort. Terlena.


Sabtu, 13 Mei 2006

Hujan lebat di pagi hari tidak menggagalkan Adek, Zulbo dan Zhu (ade lagi ke yang tinggal?) untuk ke pasar bagi membeli ayam-ayam untuk BBQ malam nih. Aku tidur diselimuti kesejukan pagi. Bangun pagi melihat ada yang sudah bercanda ditepian, termasuk Jep yang dikuburkan… Enchik A tiba jam 9.30 pagi secara mengejut membawa bungkus2 nasi lemak. Kesemuanya turun ke pantai, melakukan aktiviti-aktiviti kebiasaan. Pasukan Intan, Jojie, Farah, Jamie, Zhu, Syafa lebih bijak bermain banana boat. Diikuti Liha, Arina, Zulbo, Gomok, Sean, dan PG lak.. aku keceper tak berpeluang main.. huh u hu~.. abes tuh Zhu beli bola aneh kaler ijau.. aku ngan Sean tanpa segan silu bermain permainan ape ntah aku pun tak tau dgn dak2 pompuan nih.. layankan saja.. time nih dak laki semua dah cabut lari.. abes main.. dah nak naik tuh.. aku ngan Sean gi berkubang seround kat swimming pool. Semua naik dan bersiap2.

Kol 2-2.30 sume dah siap2 turun.. berjemaah lunch kat RnR depan. Kapal Syaf decide untuk pergi later, Kapal Intan lak ke KFC, juga dengan Kapal Gajah yang dah lunch. Demm betul aaa paceek.. Tempat lawak RM 2… terkena sungguh-sungguh aku kali nih.. Sean terkena tempiasnya…Seb baek aaa Enchik A kena lagi teruk dari kitorang.. ho ho ho~ Abes mengap-ngap, semua menuju ke destinasi Ocean. Bowling. Ade promotion RM12 per 3 frame.
Layankan jerk. Heh… lenguh tangan masing2 main sampai 3 frame.. aku main 2 frame jek.. pastu cabut gi main arcade ngan Enchik A sat.. pastu gi karaoke sepam. Dy ngan Gajah pun leh gi main arcade (Dy yang ajak tuh!!!) .. Aku pun tatau last2 sape yang menang men boling nig.. Adek ka.. PG ka.. Kuzek ka.. Jep ka.. wallahualam.. lane yang cam haram + pin yang suka jatuh suka suki die jek.. hohohoho~.. yang bes ape? Aku Berjaya buat strike skali bila pakai sun glasses. Agak bergaya laa style tuh.. apasal laa Gajah si cameraman tak beraksi time nih.. huh u hu~ Around 7 tuh baru laaa abes maen.. Maka selesai semua segera cabut kembali ke Resort
Jep bertungkus lumus mengidupkan api sambil nyumpah2.. Aku, Adek, Zhu dan Kuzek gi mencari bahan api.. rezeki agak murah.. cepat je jumpe tiub tayar… kalo tak jumpe.. ade rasanya pelampung tepi tuh kene curik..

Around 8.30 sessi bakar-membakar masih hangat.. almost semua dah ada sinih.. Pemasak-pemasak yg dikepalai Jep bekerja keras memastikan ayam-ayam dan sosej (sosej nih Kuzek sponsor) yang dimasak berkadaran dengan api yang dinyalakan. Aku curi masa jap untuk bermesra dengan akak kembarku Jamie, berjalan ditepian pantai berdua-duaan (tapi kitorang tak buat pap eek!!!) Dah balik berjalan-jalan pun tak abes masak lagi. Aku nih tau nak makan jerk. Oleh sebab agak lama+perutku meragam+menginginkan topup+mengisi minyak.. aku telah berpakat secara rahsia dengan Gajah untuk ke pasar malam berhampiran melantak burger+air tebu+mencari maxis 30 (awek jual topup ni cun ooo)+ isi minyak. Terus sihat lak Gajah yang asalnya perut berangin laa.. pening laa.. ape laaa (nih aku tambah2 je nih) Lepas balik dari pasar malam tuh, bila sampai dah start makan.. so bedal la ape lagi… aku makan 2 ketul ayam.. gajah yang mentekedarah melahap 3 ketul. Sesi ini disudahi dengan acara memotong dan makan kek yang disponsor oleh Faizi dan Nad (Gajah, kek ni ada saham ko gak ek?) dan juga Gajah. Kuzek ngan Paceek yg dah tak larat sangat dah cabut awal2… aku pun tak kurang laloq nyer time nih. Hanya beberapa kerat saja yang kekal aktif. Abes sessi cakap2 kosong.. aku naik (sambil mengenangkan kepala tripod yg ilang) dan terus bum lena tak sedarkan diri.




Ahad, 14 Mei 2006

Aku pun tak sure ada ke tak yang gi mandi pantai untuk terakhir kali pagi nih. Yang aku tau, aku sangat letih, lalu mengcancelkan pilihan untuk bermain banana boat mengenangkan yang aku ni seorang nakhoda kapal yang terdampar keletihan. Selesai bersiap-siap, bergerak ke RnR bersama Kuzek, Sean, Gajah, Faizi dan Nad. Theme hari nih. MERAH. Hohohoho.. seronoknya ramai berkaler merah arinieh~ Nasi lemak ajelah yang jadi pilihan.

Abes sarapan, pasukan Gajah, Sean, Nad dan Faizi memilih untuk bersantai ditepi pantai sambil melakar reka kad Hari Ibu. Aku dan Adek yg kebosanan sengaja menyibuk sebentar, hari yang panas dan laut yang surut segera mengenangkan aku untuk berjalan ditepian pantai buat penghujung kali. Cuaca yang terlalu panas memaksa aku untuk kembali segera ke bilik.

Semua sedang sibuk berkemas. Dijanjikan untuk check-out pada jam 1. Sebelum bertolak, sempat mengambil gambar sebagai memori Gath pada kali ini. Leave behind your footprints, bring back the memories.

Ramai Ramai

Sebagai penutup, bercadang untuk makan beramai-ramai. Enchik A dah balik terus awal2.. ada hal ape ntah. Cadangnya nak makan kat Tara Seafood, memandangkan kedai tutup, maka bergerak laa ke gerai2 di luar Ocean tuh. Disebabkan dah kenyang, aku berpakat dgn Kuzek sekadar memilih Mi Goreng. Pastuh gi laa beli Lays yg digembar gemburkan Paceek sebagai sedap. (memang sedap pun). Setelah makan, berpisahlah dengan regu Selatan yang menampilkan Zulbo, Jamie dan Syafrey. Entah bila laa dapat jumpa lagi. 9 minggu, Insyaallah.


Perjalanan keluar dari Port Dickson agak tersekat sedikit lantaran minor traffic jam setelah masuk ke lebuh raya (20 km/j ye…) dan juga hujan yang hidup segan mati tak mahu. Konvoi pulang kali ini berhimpun kembali di RnR Seremban untuk bersolat Zuhur. Dari sini, Regu Cheras berpisah dengan Regu lain yang dipelopori PG untuk ke Midvalley untuk berwayang wayangan. Mintak maap laa ek. Tak sempat nanti nak kejar bas orang penang nieh.

Sampai rumah dalam jam 4. Selesai solat Asar dan memohon restu Ayah Bonda, keluarlah aku, Kuzek, Kamal dan Dy ke sebuah lokasi yang dirahsiakan untuk membeli belah. Huh, bukan nak cakap aper aa.. tapi girls kalo shopping.. pergh.. kalo boleh semua nak dibelinya.. tak cukup tangan Dy mengangkat barang. Hohohoho~ anyway around 8.20 kami memberi lambaian terakhir kepada Kamal dan Dy yang berangkat pulang ke Penang. (Diorang sampai sana kol 1 pagi. Siot sungguh).

Perjalanan pulang dari PuduRaya sesak, seperti kelaziman. Dalam jam 9 tiba ke rumah. Kuzek lak merempit pulang setelah menerima panggilan abahnya.


Generalisasi

Sekalung penghargaan kepada mastermind utama, Adek yang telah bertungkus lumus merancang untuk melaksanakan gath nih. Sepenuh kasih sepemeluk budi kepada semua yang datang, dari utara mahupun dari selatan, Dy, Kamal, Gajah, Nad, Jep, Faizi, Sean, Zhu, Paceek, Intan, Adek, Liha, Mat, Jojie, Gomok, Farah, Kuzek, Iena, Zulbo, Arina, Syaf, Enchik A, Jamie dan aku sendiri (hek hek hek) yang sudi bertandang ke Port Dickson. Bukan senang nak ramai-ramai kumpul buat benda2 camni.

Eventhough aktiviti-aktiviti yang kita buat ni biasa-biasa saja.. mandi pantai, main boling, etc. tapi belum pernah lagi kita buat secara beramai-ramai, apatah lagi at a foreign place.. right? Erm.. tetibe aku teringat, Paceek.. Jamie… mane jamban cangkung korang? Takdek pon nampak…

Anyway, hoping for mini hangouts@movies in the coming future, and perhaps in our final year, we could still organize a trip or two, perhaps to Lata Kinjang, Teluk Batik or even Pangkor. Or who knows? Genting or Cameron Highlands perhaps!

All in all, it was a marvelous vacation. The time was limited, but the fun was ‘no words’. This is just another happy episode bookmarked in our life diaries.

Now who say that we don’t have a life??




posted by Ainul Hafiz @ 12:22 AM,

47 Comments:

At 8:28 AM, Blogger MK said...

pakcik, arrange nk letak gamba gath kat mane.

 
At 8:34 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

huhu...terharu plak aku secare tetibe membace report nih....those days were wonderful...nice gilerr...really 'no words' :P..ekeeke...secare ikhlasnye, aku dah start rindduuuuu korg sumerr....isk iskkk...nk nanech...sob sob...really hope dpt gath lg..really reallyyy...love u guys so much...mwahhh~!!

err...dlm report nih aku dpt kesan lebih dr satu name telah diberikn kpd ku...hoho...syaf kah? syafa kah? atau syafrey(kredit to jamie yg bg aku name nih..ngaa~) kah? hoho...

-pari_pari-

 
At 9:04 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

ahaha happy times...mmg best woo, langsung x pikir ape2 pon time kat PD...yg ade dlm otak ni hny mkn, mnd, main, tdo, no tension, no work, no exam, "no word"(aku dh ckp mende ni akan bertahan tuk semggu hehehe).

hehe enol, arang ade lg kan? hehe simpan2 nnt bole bikin bbq tuk masa depan...so far aku dpt tau korg berpuas ati ngan makanan hehe(aku xtau camne korg le puas ati padahal marinette dier kurang hahah). next time kene bwk byk kipas sbb ttb lak rmi yg nak tlg kipaskan, siap ade Q tu hehe... trime kasih kpd yg menolong! x kira la dr segi ape pon, balik2 ayam, tadah pinggan, amik air, tlg suap kan(ooopp kantoi disitu), pegang torchlight, kipas(smp terlebih kipas).


last but not least mmg cun btol gamba kete ijau tu, isk2 sape la ek tuan dier? hehehe

-jep-

 
At 9:08 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

kepada syaf/syafa/syafrey:
gasak laa mane2.. asalkan tau sape yang direfer.. aku pun aneh tatau nak gune mane satu.. wahahaha

kepada intan:
tuh laa die nasi goreng A-One.. tuh pinggan Gomok.. sebelah die ade sup ayam kot.. Kamal pon order nasi goreng A-One gak.. harga die rm6.50 hohohoho~

kepada jep:
aku rase arang tuh macam tak masuk jek kete aku lepas abes arituh.. sbb abes bbq time tuh terus aku cabut.. ngantuk bangat deng~

kepada paceek:
seb baek takde gambar2 bukti untuk lawak RM2.. hu hu hu.. kalo tak sure dah jadi bahan komik.. atau adakah itu dah jadi inspirasi ko skrg ni?

 
At 9:13 AM, Blogger MK said...

cepat le upload sume gamba ;P

 
At 9:41 AM, Blogger kakak said...

kembali kerja arinih setelah amik cuti sendiri semalam..huwaa...best nyer PD...

adek:highest credit tuk ko..mastermind..aku still ingat nada n ayat ko kat aku mlm tu..mmg ikhlas..tp kan aku dah kate "WE ARE HAPPY FAMILY..."

abg jep:ampun zhu lupe nk kasi digicam..kat mid vall ingat tp time abg anta zhu kat umah tu dah lupe..ampun sgt..kang ble2 nk gtau ye..satu lg,mekasih kerna men"space"kan keta abg tuk zhu n sinchan sepanjang ke PD,blk PD,gi mid val,blk mid val n antar zhu blk..hehehe

enol:mekasih banje aku minum2 kat tara seafood..(siang nyer time nk lunch situ,aku leh xjumpe kedai tu..)sengal tul..

kuzek:aku ske sbb ko smpt blk..

sean: mane janji2 ko nk ajar aku cara2 buke mata??(sile rujuk komen sean dlm kisah "oh mami" dr post aku b4 this)

en a: even ko dtg kejap je,sempat aku nengok tahap kesengalan ko yg superb..

to all itisjan03 members: luv u all... syg korang~

 
At 10:12 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

hi all~

sume: best sgt gi PD! wlaupun sakit segala sendi..tp best sgt2! thanks sume yg menjayakan gath ni (^_^)


pd jep: hehe...tak kisahla tak cukup bhn ke..tak cukup masak ke..yg penting bbq tu mmg best! (lgpun sbb dh lapa sgt kan...hentam jela labu... =P)

selamat bekerja~

-dy-

 
At 10:15 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

addition:

thanks to enol yg sudi bawa ktorng (dy + kamal) jejalan kat tmpt yg dirahsiakan tu!! ;)

thanks to kuzek n enoll yg sudi temankan ktorng smpi nk balik..hehe.. =)

-dy-

 
At 10:19 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

tahniah kepada ahli2 PD ari tuh sbb berikan kerjasama yg terbaik kepada pengerusi kelab rekreasi itisjan03(adek) dan ahli anggota nya..

yg paling bes dlm post enol nih ialah..nama ku telah tertulis sbyk 17 kali..haha~ bangga siot aku..bukan setakat gambar jer aku ader..malah nama pun terselit didlm coretan post enol nih..hehe~

gmbr yg aku paling suka ialah gmbr yg ditangkap pada waktu mlm siap ader selipar terbang lg tuh..itu menunjukkan bakat aku bukan sekadar reti diambil gambar..malah mengambil gambar pun aku reti gak sebenar nya..haha~

aktiviti yg aku x sempat wat ialah menyekodeng org tp aku sempat gak ar kaco beberapa gadis sunti yg tgh baring atas tikar ngan seekor ketam hasil tangkapan di bulan purnama pada jumaat mlm sabtu..haha~

kata2 terakhir aku "Hidup ini penuh ngan warna2 kehidupan..adakala warna nya cerah dan adakalanya warna nya gelap"

 
At 10:24 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

Demm Gajah.. siap kire sampai 17 kali.. aku patut buat function word count seperti aku buat function row count untuk xsl nieh.. wahahhaa.... byk sungguh nama ko.. agak penting rupenye ko dalam idup aku~

lupe nak include.. tq kat nad n gajah untuk the be-early gift+card. aku tak bukak lagi gift tuh.. tunggu tarikhnya.. tapi card dah baca..

yes.. selipar terbang.. to be honest.. malam tadi masa aku pilih2 gambar baru aku perasan.. jadi rupenye gambar tuh.. aku ingat tak sempat slipa tuh nak masuk dalam kamera.. aksi aku membaling tuh pun ketara lagi.. hahahaha~

ermm.. ha ah ek.. skuad skodeng gagal.. gajah.. ko gagal menjadi ketua operasi dengan baik.. tadek ape pon yg diskodengi.. hu hu hu~

 
At 10:44 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

hiuihiu...aku x ilang...aku menyelam sambil minum air..hohoho...seyes best giler nek banana ride eventhough rase nk menampo abg tuh maseh mekar di hati...hik3.. :P

p/s = gian lak nk men terjun3 laut dr banana ride tuh...hiuhiu

-pari_pari-

 
At 10:48 AM, Blogger kakak said...

syaf,adekah ko dah merindui banana bot itu?

 
At 10:53 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

kepada syaf: jgn pelempang abg tuh.. kang farah marah :P

kepada jamie: ade gak ke saat2 sedey? tak bermaksud nak menyedeykan keadaan

kepada zhu: wargH!! aku nak nek banana tuh.. bile laa nak gi PD lagi...

kepada sean: mekacih sama-sama teman aku men bola2 aneh ngan girls. kalo tak segan gak aku.

kepada kuzek: mekacih kerana menjadi teman setia dimana saja aku berada

kepada kuzek lagi: bila nak main skuter? wahahahahah

 
At 11:06 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

eekeke..sesungguhnye...mmg aku rindu ngn banana ride tuh (tp bkn dgn abg penjage banana tuh..yg tuh rase nk tampo je...hek3)...

enol : jum g pd semate2 nk nek banana ride..aku ngn jamie teman ko nnt nak? hahaha..kalu nk murah kene ar bwk farah..hoho :P

 
At 11:08 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

err..komen di atas itu adelah komen -pari_pari-

deng..sebuk bermsg lupe lak nk letak name..adehss

 
At 11:10 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

hehehe.. buat laa blogger id ko sendiri.. takyah sesak2 mau buh name.. sekadar id tanpa blog~

 
At 11:18 AM, Anonymous Anonymous said...

*grin* aku tersenyum sorang kat opis membaca post nih. nice job enol. aku galakkan lagi sape2 yg nak post kejadian2 semasa gathering, wat la version2 korang. kalo dapat 24 version yang berlainan (walaupun ade yang sama sket2..takpe), lagi best. hoho..

terima kasih kat sume kerana telah memberikan kerjasama dan pertolongan dalam ape jua segi. Tanpa korang, aku tak pat nak wat sume nih. aku cuma boleh memikirkan, dan dengan pertolongan korang gk aa sume mende ni jadik. thx a lot! *sob2*

mintak maap aa kalo ade yang terkurang atau tak best. masih ada yang boleh diperbaiki, jadik komen dan cadangan amatlah digalakkan.

zhu: the remarks should be recorded. siyes tersentuh ati aku time tuh :p

enol: thx a lot man. arang ko ade dlm kete zulbo kalo tak silap :p

gajah: skuad skodeng tak berjaya. pe nih?? huhu. nnt ko lak organize mini gath tgk wayang lak ek..

gomok: aku tak smpt baca buku hang!!

sean: aku tak smpt men magic dgn ko..gomenasai~ (buku norwegian wood ko pn tak smpt usha)

syafrey: hehe..sori kalo ade pape terasa ekk..aku puas menggelakkan ko :P

dy: thx to u too. sanggup turun dari jauh. nyce. eheh..bbq tuh best ek? mana tak bestnye..ko makan byk gile malam tuh..wahhaha (kantoi dy pn kuat makan mcm kite sume.. :p)

kuzek: thx too sbb smpt gk blk. mekasih rokok2 era ko yg menjadik santapan peparu kitorg sepanjang 3 hari tu.

en A: thx too. smpt gk ko datang dan menceriakan suasana cam gampang. (btw aku terlepas lawak RM2 tuh..ciss)

arina: eheh..aku takleh tahan ko ttp nak nek kete zulbo wpun time nk blk..hehe..nk ikot cik abg blk melaka gk ke?? wahahah

pakcik: i'm waiting for ur creative comic strips.

pada pengambil2 gambar..nnt aku akan wat yahoo group, so kite leh kongsi sume gambar2. whee~

i have a lot of fun and laugh at that time. penat gak, but it worth it.thx a lot y'all!

(aku da mcm malas2 nk gi keje + wat keje bile blk dr vacation..hahaha)

 
At 11:34 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

just wondering.. yahoo group or fotopages lagi efficient untuk gegambo nieh?

 
At 11:37 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

adek :xpe adek...aku ikhlas membuat ko tergelak....sibbaik ko cumil bangat time gelak...kalu tak aku tampo2 ko ngn banana ride...hihu...

err..nape aku pon cm malas2 sengal nk keje pas blk vacation...hoho...aku rase, dak2 len pon cm kite kut adek...miahaha..ke ko ngn aku je yg pemalas...hoho :P

enol: nnt aku wat blogger id...wat blog gak ar..tulih mcm2 (hoho...persoalannye,,~rajen kah aku..? hoho)

-pari_pari_pari-

 
At 11:46 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

mmm kalo nak guna yahoo group nih...aku rasa sgt x best nyer, sbb space pon limited gak, plus inbox bole penoh maa. caya la yahoo group x best, aku join group tiara ni je dah byk dh rasa terseksa, better cari tmpt yg bleh host pic, circles99 atau seangkatan dgn nyer ok..kalo mau

-jep-

 
At 11:52 AM, Anonymous Anonymous said...

oo ekk?? hurm...circles99 aku nye id da korup..wahaha..

tmpt mana lagi yg bole host pic? probably 1GB? (kompem beratus2 gamba2..)

 
At 11:53 AM, Anonymous Anonymous said...

lupe lak komen syafrey nye komen..

kite je kot yg pemaleh?? takper..pasnih wat poll..hohoh!!

 
At 11:57 AM, Blogger Ainul Hafiz said...

circles99!! gile kanak2 zaman sekolah..

i strongly propose fotopages.. gambo upload satu2 laa tapinyer.. tapi mmg leh banyak2.. tak ingat brape size

 
At 12:07 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

hurmm kalo dlm circles99 dier nyer album bole la hold up to 100pic, aku x sure bape size yg dier kasi.
sape2 yg free tu, sile la surf tenet cari2 image hosting yg le wat album.

-jep-

 
At 1:09 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

finally,
zul: miss u a lot...=)



membuat aku terpk.. bile laa nak ada seorang awek untuk melimpahkan kata-kata camnih untuk aku..

lambat lagi.. enjoy dulu zaman muda2 :P

 
At 1:12 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

satu lagi..

sori arina.. tatau ko pon skuad pergi ke pasar... sori sori sori sori sori~

 
At 2:04 PM, Anonymous Anonymous said...

eheh..die skuad gi pasa meneman zulbo skali..tp tak tahan dgn bau ayam.. maka duk tepi..aku gelak gile time tuh dgr remark zulbo

"mampos la aku camnih dek..tetiap minggu aku la kene gi pasa.."

muahahaha!! rotflmao

arina..bkn kete aku yg hon..kete blakang :p

enol: saba enoll..huhu.. *no words*

 
At 2:25 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

to: adek & arina
cc: zulbo

Keta aku yang hon.. hohohoho~ aku rasa macam kete aku yang hon.. kuzek tekan ke aku yang tekan aku pon tak sure

 
At 2:27 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

aku suka idea enchik A.. aku rasa caratuh sangat secure..

 
At 2:40 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

aku sokong gak...cm sgt bijak je...hihu~

=paripari=

 
At 3:01 PM, Anonymous Anonymous said...

hurm...part secure tuh mmg secure..jap bg aku test utk save.

the prob when saving email WITH attachments..dia punya lembab nk upload attachments (applied to web-based email. kalo ko gune lotus notes or outlook or program2 email..laju jer..). and then..aku tgh try..kalo save email..bole tak save attachments bigger than 10MB per go.

kalo boleh..bole jer nk wat satu lg account gmail. bole gk jadikan emel primary utk blog ni. heh heh heh. good idea en a. bg aku test jap..

 
At 3:36 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

hihu aku rasa aku ade ckp kat shoutout box td, emel attachment total xle lebey 10mb per mail.

-jep-

 
At 3:50 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

aku rase mana2 email pon tadek yg lebey 10 MB

 
At 3:54 PM, Anonymous Anonymous said...

jep..bole kalo gune gmail..baru lepas test..compose emel letak attachment bigger than 10mb..then save as draft. die cume takleh send ke emel len kalo bigger than 10mb. the problem is..nk saving tu bapak lembab..tp aku rasa mana2 pn sama jerk kot..hurm..

n then..kalo sape2 yg malas nk access emel tuh utk save..leh aa wat emel pecah2..tp send kat satu jer..kat emel tuh jer..so tayah pening2 nk pecahkan emel..n send kat ramai2..mampos..

okes..another poll time!! camne nk upload gamba?? hahaha

 
At 4:05 PM, Blogger MK said...

flickr.com

 
At 4:26 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

lupe nak announce

aku dah buang misai+gunting rambut nipis dan pendek.

 
At 4:26 PM, Blogger kakak said...

mari lah berkongsi gmbr...tp arituh,ade bape camera actually?

 
At 4:31 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

assalamualaikum semua...

gath arie tue mmng best gilerrrr...
smpai no words utk digambarkan...tp hope dpt jmpak lgi dgn korg semua...tetiba rasa mcm dh lama sgt tk jmpak kn??tp mesra tue ttp ada...

to tema banana boat(jojie, intan r, zu, syafa n jamie)..mmng 1 pngalaman yg ssh nk dlupakan..mmng rasa nk tmpo n saman pkcik tue, tp kalu tk buat mcm tue msti tak terasa sgt keseronokkn nya kn??
wlaupon aku hmpir lemas hingga panik n lupa maseh memakai life jacket..lucu2....

thanx to all yg teman maen bola ijau(enol, sean, jojie, intan r, zu, leha n arina)..wlaupon gam etue agak hmbar tp ttp maen di tgh terik mentari n beberapa aksi jtuh kdalam air tlah ditunjukkn oleh sean n enol...xrugi beli bola tue...

BBQ nite mnigglkan kenangan yg mndalam gak bg aku...dpt menyediakan ayam bakar utk kwn2 tersayang..satu pengorbanan ikhlas yg aku rasakan berbals bila ayam tue hbis licin dimakan...congrats...!!

last but not least, gath nie mmng best n gempak...wlaupon ltih tp janji kiter ENJOY!!(mcm ayat siri PUTERI)

-farranezz-
(no words)

 
At 4:32 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

typo laks...to *team banana boat..

 
At 4:47 PM, Blogger nuriena said...

ngaa.. aku br berkesempatan nk tulih komen ni. ades.. ape yg aku nk ckp kt cni is aku enjoy ngn gath ni even aku demam. haha.. time nk g la br nk kene demam. ades.. sesungguhnya keinginan aku nk enjoy mengatasi segala2 nya. sanggup tuh dok kt pantai even demam. hoho. tamo lepas peluang. bkn slalu lepak beramai. demam slalu kene. haha. mmg bes giler rr.. syg sape yg x g tuh. rasenye kalo lg rami yg dtg lg bes kot. huhu..

adek: congrate sbb wt gath ni. mmg bes..syg ko~

syafrey & aimi: thanx sbb teman aku g klinik. sowi sshkn korg. aku tatau nk demam cmnih. aku igt aku ley lwn. ghupenye demam lg kuat dr aku. hoho..

enol: terharu ngn layanan ko mase mlm aku demam tuh(time mkn). sayang gk ko kt aku ek. hoho..

rkn2: trimas sbb dtg memeriahkn PD. x sia2 aku g jd skuad skodeng usha tmp tuk anak2 kambeng. hoho.. sesungguhnye aku rela nk jd skuad skodeng lg.. ngeh2.. gambar gajah aku da dpt amik.. gambar yg len cane? nk la gambar. aku nye gambar x transfer lg sbb kakak aku curik kamera. nnt2 la ek..

aimi & arina: trimas sbb sudi menemani perjalanan ku dr kl-PD-kl. sowi kalo aku terbwk huru hara ke smp korg rase x slamat. hoho.. aku rase agak sonok time kite tersesat jln. naseb ade adek sbg penyelamat. ngeh2. tengkiu adek..

jep& tukang masak: tengkiu masak tuk kitorg. aku rase sedap jer ayam tuh. maybe sbb lapa kot. sumer org bedal jer. huahua..

gath yg bes lg menggembirakn.. bile nk wt lg? hope time tuh aku x demam. ngaa~

 
At 4:55 PM, Blogger nuriena said...

1 lg aku nk ckp psl mlm las kt Pd. aku, aimi, adek n sean. sgt menggembirakkn n xley lupe. tdo dipantai ditemani bulan yg pelik. hoho..

adek: trimas sbb bg nasehat. n sudi nk bercerite2 ngn kitorg yg bermasalah nih. huhu.. nnt kalo ade masalah ley rr cite kt ko. ngaa~

sean: sesungguhnya dengkuran ko tuh mengganggu tidur aku. cess..

n aku xley lupe pertanyaan sean ->"btul ke aku tdo bedengkur? bunyi dier cmne ek?".. ngaa.. ko gile la sean. ades

aku da mule misz korg.. bile nk jumpe korg lg.. ngaa~ huhu

 
At 8:44 PM, Anonymous Anonymous said...

iena: yer..syg ko gk :p aku ler mastermind..aku ler penyelamat korang sesat jalan..aku ler penasehat korang..hehehe..mekasih2.. lol :P

kalo ade masalah nk citer..citer je la kat aku..kalo takde masalah pn bole citer2 dgn aku..lalala~

mat: sama2 jua..

 
At 11:49 PM, Blogger Ainul Hafiz said...

"enol: terharu ngn layanan ko mase mlm aku demam tuh(time mkn). sayang gk ko kt aku ek. hoho.."


iena: sayang aku pada semua tiada bezanya. cuma aku hanya mampu menjadi kawan yang setia, namun tidak mampu menjadi seorang pencinta <-- ini pasrah tahap tertinggi.

wallawey.. siyes sem depan nih aku igt nak berwaterfall.. tapi tatau aa kot2 nak gi guys girls ramai2 ke.. dak laki selalu je buat rasanya... ho ho ho~

teluk batik teluk batik teluk batik.. ape laa ade kat teluk batik tuh.. hahahaha...

 
At 9:01 AM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

[quote]terasanya aku!! =p (tapi dy makan lagi byk dari aku..siap tgn raba2 lagi tuh kt bawah meja -_-" )
[⁄quote]

uih raba ape tuh? hahaha, aku suda upload koleksi pic aku. kpd party2 yg tertentu jgn risau, gamba tlh ditapis. aku dh resize jd 640x480(except file no 4) so bole sumbat msk fster.

cpt2 la upload gamba2 korg, ni site yg aku guna rapidshare.de

-jep-

 
At 9:14 AM, Blogger kakak said...

[quote]terasanya aku!! =p (tapi dy makan lagi byk dari aku..siap tgn raba2 lagi tuh kt bawah meja -_-" )
[⁄quote]

uih raba ape tuh?<--aku terpk gak...

aku suda upload koleksi pic aku. kpd party2 yg tertentu jgn risau, gamba tlh ditapis.<---hehe..mekasih atas jasa2 anda wahai encik jep..

 
At 4:26 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

[quote]terasanya aku!! =p (tapi dy makan lagi byk dari aku..siap tgn raba2 lagi tuh kt bawah meja -_-" )
[⁄quote]


jgn caya..jgn caya! jamie buat kenyataan palsu semata2..hihu~ mana ada raba2..cuma manja2 je dgn jamie...skali skala..kan mie kan? =P

-dy-

 
At 8:52 PM, Blogger Internship - IT/IS Jan 03 said...

OMG!!! *genyeh mata*....OMG!!!! it real!!!
 
 
 
 
 
-jep-

 

Post a Comment

<< Home


About

"itisjan03. From 2003, the friendship blooms into family. All the jokes, the memories, the happiness, the kindness, are shared for eternity. And here's the platform for this family to unite, and to care, with every available serenity"

Services

    Jangan sumbat atau sekat P2P saya!

ChatBox

Previous Posts