<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d22707767\x26blogName\x3d:::+iTiSjAn03+-+InTeRnShIp+sToRy+:::\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://itisjan03.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itisjan03.blogspot.com/\x26vt\x3d4886897831831432135', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


ItIsJan03@Lata Kinjang!

Sabtu, 12 Ogos 2006

Setelah merancang perkelahan untuk semester ini, akhirnya berjaya juga melaksanakan aktiviti rekreasi ke Lata Kinjang. 4 kenderaan telah bertanggungjawab dalam pengemudian ini. Kenderaan pertama dikemudi Kapten Enoll, bersama anak kapal: Kuzekk dan PG; Kenderaan kedua diketuai Kapten Iena bersama anak kapal: Syafa, Fiffy dan Kak Nik, Kenderaan ketiga dimudiki Kapten Zulbo bersama anak kapal: Arina, Kamal dan Bob, serta batalion terakhir dikawal selia Kapten Gajah dan anak kapal: Nad, Sean dan Dy.

Pada petang sebelumnya, aku, Gajah dan Sean telah melakukan survey untuk mendapatkan sebut harga bagi menimbang nilai bajet bagi setiap kepala. Hasil kira-kira mendapati RM 6 seorang sudah memadai.

Pagi Sabtu itu dirahmati rintik-rintik hujan berarak ringan. Dalam cerah terserlah keindahan. Legasi kami berlepas pada jam 11 dengan harapan agar hujan tidak turut serta ke Lata Kinjang. Apa yang lebih menggalakkan lagi, beberapa minit sebelum kami bertolak, UTP terputus bekalan eletrik. Perjalanan lebih kurang 60 km ke Lata Kinjang mengambil masa yang agak lama kerana betapa berhati-hatinya kami memandu (chewah!)

Sesampai di Lata Kinjang dalam lingkungan 1 petang, kami tidak teragak-agak untuk segera membasahkan diri dalam kesejukan air terjun. Namun buat pasukan penghidup api yang diketuai Kuzekk, tugasan memasang bara lebih utama, kalau tak.. camner nak buat BBQ? Kuzekk akhirnya tewas dan anehnya bila Fiffy dan Gajah mengambil alih, mau pula api dihidupkan.

Memang seronok berada di situ. Budak-budak laki (kecuali Zulbo ngan Sean) tak sudah-sudah main gelongsor dari atas.. Gajah yang lebih daring menemukan track yang baru yang lebih menyeronokkan. Aku 'terjatuh' secara tak sengaja masa nak buat slide tuh. Fiffy satu-satunya pompuan yang berani menggelongsor.

Terdapat juga aksi menyelamatkan botol 100 plus yang hanyut - oleh Kamal, dan juga aksi menyelamatkan botol sos Cili yang hanyut - oleh aku.

Dalam lingkungan 3.45, kami berkemas-kemas serta bersiap-siap untuk pulang. Maklumlah, zohor pon belum lagi. dak2 perempuan ambil masa yang sangat lama untuk bersiap. Kena gilir-gilir + benda yang nak dipakai pon lagi banyak dari laki (paham kan?)

Disebabkan sudah agak lewat, kami decide untuk solat Zohor di surau perkampungan orang asli. Agak menghairankan tengok anak-anak orang asli rilek je panjat tiang surau tu guna tangan ngan kaki ala-ala monyet panjat pokok kelapa. Huhuhuuu...

Lepas semayang, semua bertolak pulang.. PG dan Kuzekk dalam kereta aku dua-dua tido... sebab kebosanan.. aku bawak kereta ke kiri dan kanan. Concern juga kereta depan dan belakang ku (Sean dan Zulbo) di mana kedua-duanya menelefon untuk mengetahui aku ni mamai ke ape.. aku ok jek.. cume bosan dah sorang2 bawak kete...

Kami decide untuk mengadakan detour ke RnR untuk menikmati ABC serta Kebab ditengah terik petang. Kami mengintai masuk ke kawasan UTP dalam jam 6.

Pengalaman kali ini memang indah. Lebih meriah kalau lebih ramai yang turut serta. Semoga next perkelahan dapat ramai-ramai lagi join. Dah tahun akhir ni... tak banyak dah masa untuk get together sama-sama.




posted by Ainul Hafiz @ 1:27 PM,

2 Comments:

At 11:45 AM, Blogger MK said...

sape reply nih dlm masa sehari aku banjer beger..kecuali enol ngan pg..

 
At 2:41 PM, Anonymous Anonymous said...

ciss.. terlepas aku utk dibelanja gomok beger.. fak!

 

Post a Comment

<< Home


About

"itisjan03. From 2003, the friendship blooms into family. All the jokes, the memories, the happiness, the kindness, are shared for eternity. And here's the platform for this family to unite, and to care, with every available serenity"

Services

    Jangan sumbat atau sekat P2P saya!

ChatBox

Previous Posts